Jumaat, 11 Mac 2011

WELCOME TO SK TAMAN IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU
SUMBANGAN BAHAN BACAAN UNTUK PUSAT SUMBER
Ditulis oleh putera   
Thursday, 03 March 2011

ImagePusat Sumber SK Taman Impian Emas ingin menambah bahan bacaan bagi meningkatkan pencapaian Tahap Jauhari NILAM murid pada tahun 2011. Pihak sekolah menggalakkan tuan/puan dapat menyumbang sekurang-kurangnya satu bahan bacaan (minima sebuah buku) yang masih berkeadaan baik daripada pelbagai jenis kategori seperti novel kanak-kanak, bahan bacaan ilmiah, majalah berinformasi atau bahan bacaan yang difikirkan sesuai untuk bacaan murid sekolah rendah.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan tersebut dan bahan-bahan bacaan tersebut bolehlah diserahkan kepada Guru Perpustakaan, Guru Media dan Di Pejabat Sekolah bermula 1 Mac 2011. Sekian... 

 
MAULIDUR RASUL 1432H
Ditulis oleh putera   
Wednesday, 02 March 2011
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SK Taman Impian Emas
Kepada
Ibu / Bapa / Penjaga
Murid-murid SK Taman Impian Emas
ImagePROGRAM MAULIDUR RASUL 1432H
Panitia Agama Islam SK Taman Impian Emas akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada 9 April 2011 peringkat sekolah.
Justeru itu pihak kami mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang tunai daripada pihak tuan/puan. Sumbangan boleh diserahkan melalui anak-anak tuan/puan dan diserahkan kepada guru kelas masing-masing sebelum bulan April 2011.
Segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
 
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-8
Ditulis oleh putera   
Wednesday, 02 March 2011
Tuan/ Puan/ Ibu Bapa/ Pejaga yang dihormati,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
SK Taman Impian Emas
ImageMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-8 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010
Tuan /Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri dan menjayakan kedua-dua majlis tersebut. Butiran maklumat majlis adalah seperti berikut :-
Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Emas, SK Taman Impian Emas
Surat telah diedarkan kepada murid-murid juga disertakan borang jawapan kehadiran serta borang usul untuk tindakan tuan/puan. Pihak kami mengharapkan tuan/puan dapat mengembalikan borang jawapan tersebut kepada guru kelas selewat-lewatnya 8 Mac 2011 ( Selasa )
Usul juga boleh dihantar melalui email di alamat berikut : saktie_1113@yah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan