Jumaat, 11 Mac 2011

Sejarah SekolahCetak
Ditulis oleh Administrator   
Thursday, 24 April 2008

LATAR BELAKANG SEJARAH SEKOLAH


SK TAMAN IMPIAN EMAS

JOHOR BAHRU

Sekolah  Kebangsaan Taman Impian Emas ditubuhkan mengambil nama sempena nama sebuah taman dimana sekolah ini didirikan iaitu Taman Impian Emas.Alamat penuh sekolah ini ialahSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN IMPIAN EMAS, JALAN IMPIAN EMAS 10 , TAMAN IMPIAN EMAS, 81300 JOHOR BAHRU,JOHOR.

Sekolah ini dibina di atas Lot PTD 70959 seluas 5.85 ekar oleh sebuah syarikat swasta iaitu EWT CORPORATION SDN BHD.Manakala rekabentuknya di reka oleh KAZ ARKITEK.Sekolah ini dibina di atas konsep ‘Design and Build’.
Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada pada 06 Disember 2000 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2002.Sekolah ini mempunyai sebuah Blok Pentadbiran,3 Buah Blok Bilik Darjah untuk menampung 30 buah kelas, makmal komputer,makmal sains dan Pusat Sumber.Selain itu Lot tempat letak kereta, tempat letak basikal, sebuah padang bola sepak,sebuah gelanggang serbaguna juga disediakan.

Pada awalnya sekolah ini diselia oleh En Ja’far Bin Ahman, guru yang dilantik sebagai Penyelaras oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi membantu kerja-kerja pemantauan projek serta menghantar laporan ke PPD juga JPNJ setiap perkembangan sekolah.Selain itu kerja-kerja penerimaan alatan kelengkapan sekolah juga telah dilakukan oleh Penyelaras.

Pada 01 Januari 2003 SK Taman Impian Emas dengan rasminya telah dibuka dan beroperasi.Hari Isnin tanggal 06 Januari 2003 SK Taman Impian Emas telah dirasmikan pembukaannya oleh Puan Nor Ezah Bt Mohd Nor ,Pegawai dari Unit Pembangunan JPNJ dan bermulalah sesi persekolahan untuk tahun itu. Dengan kekuatan 10 orang guru serta 198 orang pelajar yang datang dari Taman Impian Emas serta taman-taman berdekatan SK Taman Impian Emas terus mara untuk menghadapi cabaran di alam pendidikan.Tahun 2004 pula  merupakan tahun pertama SK Taman Impian Emas melahirkan calon-calon UPSR.

Pada tanggal 17 Mac 2003 merupakan hari yang bersejarah bagi SK Taman Impian Emas kerana telah menerima kedatangan Guru Besar yang PERTAMA iaitu EN MOHAMAD BIN SAMAON.Sebelum itu beliau telah bertugas di PPD Pontian sebagai Penyelia Pendidikan (Sektor Akademik).
Dalam masa yang sama jumlah guru dan murid terus bertambah dari hari kesehari.Bermula di era beliau juga SK Taman Impian Emas terus dikenali di Daerah Johor Bahru kerana keperihatinan serta komitmen yang tinggi beliau terhadap sekolah khususnya dari segi akademik,kokurikulum, disiplin serta keceriaan sekolah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan