Isnin, 16 Mei 2011

WAKTU BALIK HARI GURU
Ditulis oleh putera   
Friday, 06 May 2011
Kepada
Ibu Bapa Penjaga
SK Taman Impian Emas

ImagePEMBERITAHUAN WAKTU BALIK SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU - 16 MEI 2011

1. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa sesi persekolahan pada 16 Mei 2011 ( Isnin ) tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

2. Sehubungan dengan itu semua murid dibenarkan pulang pada waktu yang telah dinyatakan. Pihak sekolah berharap tuan/ puan dapat menguruskan anak masing-masing.

3. Rentetan itu, dimaklumkan bahawa kelas tambahan tahun 6 pada hari tersebut ditangguhkan. Sekian... 

GURU PENJANA TRANSFORMASI PEND NEGARA
Ditulis oleh putera   
Friday, 13 May 2011
  
 
FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI
Ditulis oleh putera   
Monday, 09 May 2011

ImageFestival Sains dan Teknologi telah diadakan di SK Taman Tampoi Utama pada 17 Mei 2011 bermula 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari. SK Taman Impian Emas telah menghantar beberapa orang peserta untuk menyertai pertandingan Festival tersebut dan mendapat beberapa kejayaan dalam pertandingan yang diadakan. Berikut adalah laporannya.

Bercerita Sains Tahap 1 ( Bahasa Inggeris )
Adik Alif Azizi B Abd Razak 3e1 telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tajuk cerita adalah "U-Shaped Magnet"
Pertandingan Saintis Muda
Dalam pertandingan ini SKTIE telah berjaya mendapat tempat ke-3 daripada 27 penyertaan. Murid telah diuji dari segi kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulasi Sains mereka semasa menjalankan eksperimen dalam makmal. Tahniah kepada Adik Ahmad Fahmi B Hassan 6e1 dan Adik Nur Syazwani B Zailani 6e1.
Eureka EE Beach House
Dalam pertandingan ini murid-murid perlu membina model rumah, kecekapan tenaga di tepi pantai dan membuat persembahan multimedia. Walaupun tidak mendapat tempat, para peserta SKTIE telah memberi sepenuh komitmen dan mencuba yang terbaik. Terima kasih kepada Adik Haziq B Zulkiflee, Shahnueel a/l Anilkumar, Nur Izzah Bt Nazruddin dan Nur Atiqah Bt Mohd Yusoff.
 
klik untuk lihat gambar 

Isnin, 2 Mei 2011

tarikh pemeriksaan

TARIKH PEPERIKSAAN

Cool Jadual Peperiksaan 2011
LaughingUPPM 1
8, 9, 10 Mac 2011
Tahun 6 sahaja 
 
LaughingPKSR 1
8, 9, 10 Mac 2011
Tahun 2 hingga 5 
 
SmileUPPM 2
24, 25, 26 Mei 2011
Tahun 6 Sahaja 
 
SmilePep Setengah Tahun
24, 25, 26 Mei 2011
Tahun 1 hingga 5 
 
SurprisedPercubaan UPSR
/ UPPM 3
26, 27, 28 Julai 2011
 
Foot in mouthPKSR 2
16, 17, 18 Ogos 2011
Tahun 1 hingga 5
 
LaughingPep Akhir Tahun
1, 2, 3, 4 Oktober 2011
 
KEM BESTARI SOLAT THN 1, 2 & 3
Ditulis oleh putera   
Thursday, 21 April 2011
Kepada
Ibu Bapa Penjaga
Murid-murid tahun 1, 2 dan 3
SK Taman Impian Emas 

ImageKEM BESTARI SOLAT BAGI TAHUN 1, 2 DAN 3

Program ini akan diadakan seperti ketetapan seperti berikut :-

Tarikh    : 23 April 2011 ( Sabtu )

Kehadiran ( Wajib )

Murid tahun 1 diwajibkan memakai pakaian PJ ( Perempuan Pakai Tudung dan Lelaki bersongkok )

Murid tahun 2 dan 3 memakai pakaian seragam sekolah.

Sekian, Terima Kasih